mutakhir

Buat pilihan bijak apabila tiba masanya - Muhyiddin [METROTV]

Oleh Yun Mikail

Putatan: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Sabah supaya membuat pilihan bijak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 September ini.

"Sabah adalah sebuah negeri kaya, banyak khazanah selain orangnya bijaksana dan boleh bekerja dengan bersungguh-sungguh.

"Penting bagi negeri ini dibangunkan kerana ia sebuah wilayah pertumbuhan yang agak penting bagi negara kita," katanya ketika berucap sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk PPR Taman Sri Keramat, dekat sini, hari ini.

Katanya, rakyat Sabah perlu bersatu hati mendokong perjuangan kerajaan yang didukung Perikatan Nasional (PN).

"Cuma apabila sampai masanya untuk mengundi, jangan lupa buat keputusan yang tepat.

"Keputusan tepat itu tidak lain adalah menyokong calon kita atas nama PN," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri melawat dua keluarga yang menetap di dua blok C dan D PPR terbabit.

Lawatan berkenaan adalah salah satu rangka lawatan kerja beliau selama dua hari bermula hari ini dan esok.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Disiarkan pada: September 11, 2020 @ 7:50pm
d