mutakhir

Kerajaan Persekutuan mampu pertahan Sabah daripada anasir luar

Oleh BERNAMA

Sandakan: Kerajaan Persekutuan mampu mempertahankan keselamatan negeri Sabah daripada sebarang ancaman anasir luar, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Katanya, bagi mengukuhkan lagi sistem keselamatan di negeri ini, kerajaan pusat akan menambah anggota dan aset tentera, serta menubuhkan lapan kem tentera dan sebuah Skuadron Pasukan Udara Tentera Darat (TD) dengan kadar segera, membabitkan kos berjumlah RM14 billion.

"Satu Briged Infantri, tiga Batalion Infantri, satu Rejimen Armor, tiga Rejimen Artileri serta satu Skuadron Pasukan Udara TD akan ditubuhkan bagi memperkuat dan mempertahankan Sabah daripada sebarang ancaman.

"Semoga rakyat Sabah yakin dengan Tentera Darat Malaysia menjaga keselamatan mereka", katanya kepada pemberita selepas melawat 22 Rejimen Askar melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Kinabatangan, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata kerajaan akan sentiasa memberi fokus kepada kawasan pantai barat dan pantai timur Sabah yang perlu dipertahankan.

Disiarkan pada: September 11, 2020 @ 9:17pm
d