mutakhir

PRN Sabah: Shafie dijangka berdepan saingan lima penjuru

Oleh Abdul Rahemang Taiming

Semporna: Proses penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna di sini berjalan lancar walaupun hujan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang bertanding di DUN Senallang bersama Timbalannya Datuk Jaujan Sambakong (DUN Sulabayan) dan Datin Manis Muka Mohd Dara (DUN Bugaya) selesai menyerahkan borang calon masing-masing.

Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) dijangka berdepan saingan lima penjuru masing-masing daripada calon Norazman Utoh Naim (BERSATU/PN) ; Mad Jalie Lais (PCS); Mohammad Ramzan Abdu Wahab (Usno) dan D PG Ahmad Datu Ali Alam (PPRS).

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Syafie memenangi DUN Senallang dengan majoriti 5301undi.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Disiarkan pada: September 12, 2020 @ 10:32am
d