mutakhir

Ketua Penerangan PKR Sabah letak jawatan

Oleh Suzanna Maidan

Kota Kinabalu: Ketua Penerangan PKR (Parti Keadilan Rakyat) Sabah Simsudin Sidek memilih untuk meletakkan jawatannya selepas gesaannya supaya parti itu diberikan 14 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah gagal.

Simsudin yang juga Ketua PKR Cabang Labuan berkata, beliau menerima dan menghormati keputusan kepemimpinan negeri menerima tujuh kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu oleh gabungan Warisan Plus.

"Saya berpendapat dengan pertambahan ahli dan jumlah kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN), sewajarnya parti diberikan bahagian yang lebih baik dan adil dalam pengagihan kerusi," katanya dalam satu ciapannya di Facebook.

Bagaimanapun, Simsudin berkata, beliau akan terus setia pada PKR yang disertai lebih 20 tahun lalu dan kekal sebagai Ketua PKR Cabang Labuan.

Pada Rabu, Simsudin dalam kenyataannya berkata, PKR Sabah menerima kenyataan bahawa mereka diberikan lapan kerusi DUN dan enam Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Disiarkan pada: September 13, 2020 @ 4:56pm
d