mutakhir

Tahan lepas tunjuk anu

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Petaling Jaya: Tindakan seorang lelaki yang menunjukkan kemaluan di hadapan jiran wanitanya mengundang padah apabila ditahan polis di Taman Dato Hormat di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 33 tahun itu pada 8.30 malam susulan laporan daripada mangsa berusia 47 tahun pada 10.30 pagi.

"Wanita berkenaan membuat laporan berhubung tindakan suspek yang menunjukkan kemaluan kepadanya.

"Kejadian berlaku ketika mangsa lalu di hadapan rumah lelaki terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, suspek ditahan di rumahnya dan direman sehari untuk siasatan mengikut Seksyen 377D kerana melakukan perbuatan lucah yang melampau.

Disiarkan pada: September 15, 2020 @ 6:58pm
d