mutakhir

Bayi 16 hari dibuang di hentian bas

Oleh Omar Ahmad

Johor Bahru: Bayi lelaki dipercayai berusia 16 hari ditemui tepi tong sampah hentian bas Jalan Mahmoodiah berhampiran Poliklinik Mahmoodiah di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, bayi itu ditemui dalam keadaan selamat oleh seorang lelaki yang melalui jalan itu pada 4.15 petang.

Menurutnya, bayi itu ditemui dalam keadaan berbaju dan dibalut dengan kain lampin.

"Bayi berkenaan dijumpai berbungkus dengan kain lampin dan di sebelahnya terdapat botol susu tetapi tiada sebarang dokumen diri bersamanya.

"Suspek yang membuang bayi terbabit masih belum dapat dikenal pasti.

"Bayi itu kini ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: September 18, 2020 @ 5:49pm
d