mutakhir

Penjual gelaran Datuk Seri ditahan

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Petaling Jaya: Helah seorang lelaki yang menipu tawaran pembelian gelaran Datuk Seri dengan harga RM20,000 dari sebuah istana di negeri Pantai Timur terbongkar selepas dia ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung penipuan terbabit pada 20 Oktober 2015 lalu.

Menurutnya, mangsa berusia 58 tahun bekerja di sebuah agensi keselamatan sebelum itu diperkenalkan kepada suspek berusia 32 tahun oleh rakan sejawatnya.

"Pada peringkat awal, mangsa enggan menerima tawaran itu, namun atas pujukan serta desakan rakannya, dia membuat pembayaran secara berperingkat ke dalam akaun suspek selain serahan wang tunai.

"Bagaimanapun, berdasarkan maklumat suspek akhirnya berjaya ditahan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang pada 11.40 pagi semalam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan semakan mendapati lelaki itu memiliki 11 rekod jenayah berkaitan kes penipuan.

Katanya, suspek direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: September 18, 2020 @ 8:30pm
d