mutakhir

Polis ambil sampel tanah kubur [METROTV]

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Polis mengambil beberapa sampel tanah di 'kubur berdarah' di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Irfan, Derga, di sini, untuk siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, jemaah masjid turut memberi kerjasama yang baik untuk memudahkan siasatan dilakukan.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang unsur jenayah atau khianat dikesan berlaku pada kubur berkenaan.

"Saya menyeru orang ramai supaya jangan menyebar atau menular video berkenaan kerana ia boleh mendatangkan aib kepada keluarga jenazah berkenaan.

"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan setakat ini," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, hari ini.

Portal myMetro hari ini melaporkan, jemaah masjid Al Irfan, Derga membuat laporan polis berhubung kes video yang tular di Facebook (FB) berkaitan 'kubur berdarah'.

Kubur itu dikatakan mengeluarkan cecair berwarna merah seakan darah.

Berikutan itu, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan di tanah perkuburan itu hari ini.

Berita berkaitan

'Kubur berdarah': Tunggu siasatan polis

'Arwah orang baik, henti tular kisah kubur berdarah' - Imam

Laporan polis dibuat susulan tular kubur 'berdarah' [METROTV]

Disiarkan pada: September 20, 2020 @ 4:03pm
d