mutakhir

Cedera ditembak individu tidak dikenali

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Serdang: Lelaki cedera ditembak individu tidak dikenali dalam kejadian di Bandar Kinrara di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian jam 12.45 tengah hari.

Menurutnya, lelaki berusia 35 tahun itu dikejarkan ke hospital selepas terkena tembakan.

"Siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan di rusuk kiri dipercayai akibat ditembak menggunakan pistol. Mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan.

"Pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismadi berkata, polis kini melancarkan operasi bagi mengenal pasti suspek terbabit dan menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Disiarkan pada: September 21, 2020 @ 8:07pm
d