mutakhir

Banjir kilat di Rantau

Oleh BERNAMA

Seremban: Seramai 39 mangsa membabitkan 12 keluarga di dua kampung di Seremban dipindahkan, selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir kilat malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Seremban dalam kenyataan di sini, pagi ini berkata, kawasan yang terbabit ialah Kampung Sega Hilir dan Kampung Stesen, kesemuanya di Rantau dan kini mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), Sekolah Kebangsaan Sega.

"PPS dibuka pada 11.30 malam tadi bagi menempatkan semua 39 mangsa banjir. Banjir berlaku di kawasan rendah berikutan hujan lebat daripada 5.30 petang hingga 10 malam semalam.

"Bagaimanapun, kesemua mangsa selamat dikeluarkan dan keadaan ketika ini adalah terkawal dan air di kediaman mangsa masih dalam keadaan statik," menurut sekretariat itu.

Disiarkan pada: September 22, 2020 @ 9:38am
d