mutakhir

PRN Sabah: PBS, STAR setuju kerjasama

Oleh Izwan Abdullah

Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mencapai persetujuan untuk hanya menyokong calon STAR di Tambunan dan Bingkor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

PBS bersetuju menghentikan kempen di kedua-dua kerusi itu dan mengarahkan jenteranya membantu calon STAR dan sebagai ganti STAR bersetuju menggerakkan jenteranya membantu calon PBS di Api-Api dan Bemgkoka.

Kedua-dua parti yang bekerjasama di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu sebelum ini meletakkan calon di kerusi Tambunan dan Bingkor.

PBS yang diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Jahid Jahim dan Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan membuat pengumuman bersama mengenai persetujuan itu, di sini, hari ini.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Disiarkan pada: September 22, 2020 @ 3:43pm
d