mutakhir

76 peratus keluar undi awal

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kota Kinabalu: Sebanyak 76 peratus daripada 16,877 pengundi awal menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan itu dicatat sehingga tamat tempoh pengundian jam 5 petang tadi.

Hari ini, pengundi awal yang layak untuk mengundi awal dalam PRN Sabah menunaikan tanggungjawab mereka bermula jam 8 pagi.

Daripada jumlah itu, seramai 7,487 anggota tentera dan 9,390 anggota polis bersama pasangan masing layak untuk mengundi.

Rakyat Sabah akan menjalankan tanggungjawab memilih parti yang akan mentadbir kerajaan negeri, Sabtu ini.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Disiarkan pada: September 22, 2020 @ 7:03pm
d