mutakhir

Lelaki digigit buaya

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

Sandakan: Seorang lelaki menerima tujuh jahitan di kaki kiri selepas digigit buaya sepanjang 4.6 meter di Kuala Sungai Arang, Kampung Batu Putih, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, lelaki berusia 20 tahun diserang buaya berkenaan ketika menangkap ikan bersama bapanya di sungai itu menggunakan perahu berasingan.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sandakan, Hussien Muin berkata, mangsa diserang buaya ketika berada dalam perahu dan cedera di bahagian kaki kiri.

"Bagaimanapun, mangsa berjaya menyelamatkan diri dan bergegas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

"Lelaki itu menerima tujuh jahitan di kakinya dan kini stabil," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian itu orang ramai dinasihatkan tidak menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan terbabit dan sentiasa berwaspada.

Disiarkan pada: September 22, 2020 @ 11:40pm
d