mutakhir

Bantu kesan Uncle Leong...

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Polis mengesan lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 19 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, lelaki itu Leong Chee Hoong, 60, dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada 2 Ogos lalu.

"Alamat terakhir mangsa adalah di No 1A, Lorong Setapak 2 Off Jalan Pahang, di sini. Ketinggian mangsa dianggarkan 170 sentimeter, manakala beratnya adalah 68 kilogram," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Ramli Shamsuri di talian 019-2600866 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Disiarkan pada: September 24, 2020 @ 6:32pm
d