mutakhir

Lelaki lemas ketika memancing

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Lelaki ditemui lemas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Batu dekat Taman Wilayah, Selayang, di sini, ketika sedang memancing, hari ini.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mohd Nuzi Mohamed berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 3.29 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa lelaki berusia 31 tahun disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Berdasarkan maklumat orang awam, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika sedang memancing lalu membawanya ke tebing sungai sebelum ketibaan anggota bomba," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: September 24, 2020 @ 8:02pm
d