mutakhir

Tanah runtuh dekat Jalan Tapah-Ringlet

Oleh Rosman Shamsudin

Tapah: Jabatan Kerja Raya (JKR) hanya membuka jalan sehala di Jalan Tapah-Ringlet dekat Kilometer 16 Jalan Pahang, hari ini, berikutan kejadian tanah runtuh.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian tanah runtuh itu berlaku semalam kira-kira 11 pagi akibat hujan lebat di kawasan terbabit.

Katanya, JKR hanya membuka jalan sehala sahaja dibuka untuk semua kenderaan demi keselamatan pengguna jalan raya.

"Pihak Syarikat Belati Wangsa masih menjalankan kerja pembersihan di kawasan jalan yang terbabit kejadian tanah runtuh.

"JKR mula menutup jalan dan membuka jalan sehala hari ini kira-kira 3 petang tadi bagi membolehkan kenderaan melalui jalan terbabit," katanya dalam satu kenyataan , hari ini.

Katanya, anggota polis dari Balai Polis Tapah masih menjalankan pemantauan di jalan terbabit untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Disiarkan pada: September 24, 2020 @ 11:38pm
d