mutakhir

'Saya tidak dihubungi, tidak menyokong Anwar'

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh menafikan beliau salah seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa memberi sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentukan kerajaan baharu.

Pengerusi FELDA yang juga bekas Menteri Besar Terengganu itu menegaskan masih kekal dalam UMNO dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Saya menafikan dakwaan satu portal yang meletakkan nama saya sebagai salah seorang Ahli Parlimen BN yang menyokong Datuk Seri Anwar.

"Saya tidak pernah dihubungi dan tidak pernah membuat sebarang keputusan dalam menyokong Datuk Seri Anwar," katanya dalam satu kenyataan.

Nama Idris antara 19 Ahli Parlimen UMNO tersenarai dalam mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, yang mendakwa mereka menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Berita berkaitan:

  • Muhyiddin PM sah mengikut Perlembagaan - Abdul Hadi
  • Muhyiddin perlu dikekalkan - MB Kedah
  • Bubar saja Parlimen - Tajuddin
  • Pas cabar Anwar senaraikan nama beri sokongan
  • Tiada Ahli Parlimen GPS lompat - Abang Johari
  • Ada Ahli Parlimen Umno, BN nyata sokongan kepada Anwar: Ahmad Zahid
  • Saya masih Perdana Menteri: Muhyiddin
  • Agong titah semua pihak utamakan kesejahteraan rakyat
  • Anwar rakus, gila kuasa
  • GPS berdiri teguh di belakang Muhyiddin
  • DAP sokong Anwar
  • PM tenang saja
  • 'Kerajaan tidak tumbang dengan hanya isytihar sahaja'
  • Amanah sokong Anwar
  • 'Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen' - Anwar
  • Anwar umum dapat sokongan kukuh bentuk kerajaan baharu
  • Disiarkan pada: September 25, 2020 @ 10:15am
    d