mutakhir

Lemas di sawah

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Seorang lelaki ditemui terapung dalam sawah berair di Taman Uda, Jalan Sultanah, di sini, hari ini.

Mangsa, Suhaimi Shuib, 45, yang dipercayai menetap di Jalan Sekolah, Alor Merah itu ditemui orang awam sebelum dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.19 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Fisol Abdul Kadir tiba di lokasi pada 7.25 malam.

"Operasi disertai 12 anggota dan setibanya anggota di lokasi, mangsa ditemui tidak sedarkan diri, selain turut ditemui motosikal dipercayai milik mangsa di tempat kejadian.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 7.53 malam.

Disiarkan pada: September 25, 2020 @ 10:19pm
d