mutakhir

Anifah Aman selesai mengundi

Oleh Rafiqah Dahali

Membakut: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kg Brunei di sini, jam 3.50 petang tadi.

Bersama bekas Menteri Luar itu ialah isterinya, Datin Seri Siti Rubiah Abdul Samad.

Anifah ketika ditemui berkata, beliau berpuas hati dengan pematuhan pengundi terhadap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap pengundi di seluruh Sabah untuk memilih calon terbaik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

"Saya yakin pada semua pengundi dan mereka semua bijak untuk memilih siapa juga calon atau parti.

"Saya berterima kasih kepada semua pengundi kerana kami diberi peluang untuk bertanding," katanya.

Anifah bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan.

Beliau ditentang tiga calon iaitu Ag Syairin yang mewakili Barisan Nasional, Daud Yusof daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Mohd Azree Abd Ghani daripada Parti Liberal Demokratik (LDP).

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Disiarkan pada: September 26, 2020 @ 5:19pm
d