mutakhir

Tun Juhar buang undi di SK Datuk Simon Fong

Oleh Olivia Miwil

Kota Kinabalu: Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Simon Fong di Kingfisher dekat sini, hari ini.

Bersama beliau ialah isterinya, Toh Puan Norlidah R M Jasni bersama tiga anak mereka.

Ketibaan mereka jam 1.45 tengah hari disambut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten

Komisioner Habibi Majinji dan pegawai pengurus pilihan raya Ag Damit Suran.

Setakat jam 3 petang, jumlah pengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 adalah 58 peratus.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Disiarkan pada: September 26, 2020 @ 5:35pm
d