mutakhir

Lelaki ditahan bawa arak tanpa cukai

Oleh Omar Ahmad

Johor Bahru: Lelaki ditahan selepas dikesan membawa arak ketika dalam pemeriksaan di Jalan Forest City Golf Coure, Tanjung Kupang dekat sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Superintendan Dimin Awang berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan ketika membawa arak seludup pelbagai jenama dalam sebuah kereta pada 3.30 petang.

Menurutnya, pemeriksaan dalam kenderaan berkenaan kemudiannya menjumpai sebanyak 1,609 botol dan tin arak seludup pelbagai jenama yang tidak mempunyai cukai kastam.

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM38,953.

"Tangkapan dan rampasan arak seludup dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut," katanyadalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Disiarkan pada: September 28, 2020 @ 4:14pm
d