mutakhir

Pegawai kanan tentera tidak mengaku pikat isteri orang

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Petaling Jaya: Pegawai kanan tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memikat isteri orang.

Tertuduh, Azmi Ali, 45, membuat pengakuan itu dan memohon dibicarakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Prosiding hari ini sepatutnya untuk menentukan hukuman ke atas tertuduh, namun tidak diputuskan selepas Azmi menukar pengakuannya kepada tidak bersalah.

Dalam prosiding di mahkamah sama, 22 September lalu, Azmi mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, bapa dua anak itu didakwa dengan niat jenayah memikat wanita berusia 44 tahun yang sudah bersuami dan supaya wanita berkenaan melakukan persetubuhan dengannya.

Kesalahan berkenaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat, manakala tertuduh diwakili peguam Azman Zakaria.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Disiarkan pada: September 29, 2020 @ 12:57pm
d