mutakhir

4 sahabat murah hati

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Empat rakan baik mengambil peluang mengumpul dana hasil sumbangan orang ramai untuk membeli barangan makanan sebelum disumbang kepada penduduk di Flat Tongkang Yard, Seberang Perak dekat sini, hari ini.

Penduduk di flat itu sedang dikuarantin berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Bersasar yang dilanjutkan sehingga 7 Oktober ini berikutan kes Covid-19 di kawasan itu.

Ron Silva Martin, 37, berkata, rakannya, Santhanar Dronachariyar paling banyak membantu selain mencari dana melalui Facebook dan YouTube untuk melakukan kerja amal itu.

Malah dua rakan mereka, Mohanadass Thanapal dan Danny Jaganathan turut membantu menyerahkan 100 bungkusan sayur-sayuran segar kepada penduduk.

"Sumbangan diserah kepada 88 keluarga di flat itu. Tujuan kami melakukan perkara ini adalah untuk membantu penduduk yang tidak dapat keluar rumah sehingga minggu depan.

"Kami bukan mahu meraih publisiti, kita perlu bantu membantu tanpa mengira kaum atau latar belakang kerana kita semua rakyat Malaysia," katanya.

Ron berkata, sumbangan itu hasil jualan barangan cenderahati di kedai seorang daripada mereka.

"Ini kali kedua kami menyumbang barangan makanan, kali pertama ialah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi membabitkan jumlah kecil," katanya.

Disiarkan pada: September 30, 2020 @ 3:41pm
d