mutakhir

KKM berjaya urus risiko di sekolah [METROTV]

Oleh Suraya Roslan dan Nurul Hidayah Bahauddin

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melakukan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung risiko penularan jangkitan Covid-19 di sekolah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun setakat ini tiada kluster sekolah dilaporkan.

"Risiko tetap ada, kalau tidak mahu risiko duduk di rumah.

"Tetapi kita berjaya menguruskan risiko di sekolah, jika berlaku jangkitan kita sarankan sekolah ditutup dan tindakan nyahkuman akan dilakukan," katanya.

Hari ini, Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus di Penaga, Pulau Pinang diarah tutup selama lapan hari selepas terdapat seorang guru wanita disahkan positif Covid-19.

Arahan penutupan itu dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) yang berkuat kuasa hari ini.

Difahamkan, guru wanita itu adalah isteri kepada seorang ahli politik di Kedah yang pergi berkempen di Sabah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, baru-baru ini.

Kira-kira 600 murid di sekolah berkenaan menjalani ujian terbabit dan mereka diarahkan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian.

Disiarkan pada: October 1, 2020 @ 8:21pm
d