mutakhir

Covid-19: Penjara Alor Setar disanitasi

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan sanitasi awam di kawasan Penjara Alor Setar, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sanitasi awam dilakukan 4.30 petang tadi membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar.

Beliau berkata, sanitasi itu membabitkan empat ruang pejabat di tingkat satu dan dua serta bahagian luar penjara.

"Cecair yang digunakan dalam operasi ini adalah sodium hypoclorite untuk membasmi kuman.

"Operasi yang dilakukan selama satu jam itu tamat pada 5.30 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kluster Tembok dikesan di Penjara Alor Setar itu membabitkan tahanan dan warden penjara berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 3, 2020 @ 9:23pm
    d