mutakhir

Bunuh rakan wanita sebab cemburu

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Cemburu dipercayai menjadi punca gadis yang juga ejen insurans dibunuh rakan lelaki di rumah sewanya di Taman Mahsuri, Jitra, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata, polis sudah menahan suspek lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai peniaga pasar malam.

"Berdasarkan siasatan, mangsa yang bekerja sebagai ejen insuran di Bandar Darulaman didapati menyewa rumah teres satu tingkat itu bersama dua rakannya hampir tiga tahun lalu.

"Ketika kejadian, mangsa tinggal seorang diri di rumah dan kejadian hanya disedari rakannya pada 9.45 malam tadi selepas mendapati mangsa terbaring di ruang tamu rumah berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sapii berkata, pemeriksaan mendapati tiada kesan luka ditemui, namun terdapat kesan biru lebam pada bahagian badan mangsa.

"Pemeriksaan di dalam rumah mendapati tiada barang peribadi milik mangsa hilang dan keadaan dalam rumah juga tidak berselerak.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Berita berkaitan:

  • Ejen insurans wanita maut dipercayai dibunuh
  • Disiarkan pada: October 4, 2020 @ 1:13pm
    d