mutakhir

KK dilanda banjir kilat [METROTV]

Oleh Yun Mikail

Kota Kinabalu: Hujan lebat sejak lewat malam mengakibatkan beberapa lokasi sekitar ibu negeri ini dilanda banjir kilat.

Antara lokasi terjejas termasuk sekitar Taman Telipok Jaya, Taman Telipok Ria, Kampung Lokub, Kampung Lorong Pulau, Manggatal dan Kampung Kaulan dan Kampung Rugading, Tuaran.

Banjir menenggelamkan jalan raya dan kenderaan yang diletakkan berhampiran.

Kebanyakan tingkat bawah beberapa bangunan kedai juga ditenggelami air.

Hujan lebat dan banjir di sekitar bandar raya ini turut mengakibatkan beberapa jalan utama mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) , Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian banjir di beberapa lokasi.

Keadaan cuaca ketika ini masih hujan lebat dan tidak menunjukkan sebarang tanda akan berhenti.

Disiarkan pada: October 5, 2020 @ 10:39am
d