mutakhir

JHEAT, Pejabat Agama KT tutup sehari

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu ditutup selama satu hari bermula hari ini, bagi memberi laluan kepada proses sanitasi.

Pesuruhjaya JHEAT Mat Azmi Arshad berkata, langkah itu diambil selepas beberapa pegawainya terbabit dalam program bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya, penutupan pejabat JHEAT dan pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu hari ini bagi memberi laluan proses sanitasi.

"Pegawai dan kakitangan yang terbabit sudah melakukan ujian saringan dan masih menunggu keputusan.

"Semua urusan orang ramai di pejabat hari ini ditangguhkan manakala pegawai serta kakitangan diarahkan menjalankan tugas dari rumah masing-masing.

"Setakat ini, aktiviti keagamaan di masjid dan surau masih berjalan seperti biasa," katanya.

Semalam, Dr Zulkifli mengesahkan beliau kini menerima rawatan selepas disahkan positif Covid-19.

Beliau meminta orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di klinik kesihatan dengan segera.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 6, 2020 @ 11:44am
    d