mutakhir

Dakwaan palsu sekolah tutup akibat Covid-19

Oleh Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Jabatan Pendidikan Negeri Johor menafikan sebuah sekolah di Seelong, Kulai, dekat sini, diarah tutup hari ini akibat penularan wabak Covid-19.

Pengarahnya Shaharuddin Saari berkata, dakwaan yang tular itu tidak benar dan amat tidak bertanggungjawab.

"Tiada mana-mana sekolah di negeri ini yang ditutup berikutan penularan wabak Covid-19.

"Berita yang tular adalah tidak benar dan sangat tidak bertanggungjawab kerana hanya mencetuskan panik dikalangan masyarakat.

"Hanya Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan yang mempunyai kuasa membuat keputusan penutupan mana-mana sekolah termasuk di negeri ini dan setakat ini tiada arahan penutupan yang dikeluarkan dua agensi berkenaan di Johor, " katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sejak tengah hari tadi, dakwaan penutupan sebuah sekolah jenis kebangsaan di Seelong tular di media sosial terutama dalam kalangan kumpulan WhatsApp menyebabkan ramai penduduk di sekitar kawasan berkenaan panik.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 7, 2020 @ 5:48pm
    d