mutakhir

Lebih 28 peratus kes Covid-19 hari ini terasing daripada masyarakat

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 28.4 peratus kes positif Covid-19 daripada 489 kes hari ini membabitkan banduan dan tahanan penjara yang terasing daripada masyarakat di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan 139 kes iaitu 28.4 peratus daripada keseluruhan kes baharu hari ini dikesan daripada Kluster Tembok di Kedah.

Beliau berkata, jumlah itu tidak termasuk enam kes baharu yang dilaporkan daripada Kluster Penjara Reman di Pulau Pinang.

"Kesemua kes positif dalam Kluster Tembok adalah kluster terasing di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dan di dalam penjara.

"Ini bermakna mereka terasing daripada masyarakat. Selain itu enam kes baharu hari ini adalah daripada Kluster Penjara Reman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain penularan di penjara itu, baki kes lain membabitkan 34 kes daripada lain-lain kluster, 314 lagi kes di dalam komuniti dan dua kes import.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 7, 2020 @ 7:46pm
    d