mutakhir

Istiadat angkat sumpah Jemaah Menteri Sabah, pagi ini

Oleh Rafiqah Dahali

Kota Kinabalu: Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Jemaah Menteri dan Pembantu Menteri Negeri Sabah berlangsung bermula 9.55 pagi ini di Istana Negeri, di sini.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan jemaah menteri dan pembantu menteri baharu itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Ini berikutan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman, sudah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu pada 29 September lalu. .

Ini disusuli dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah yang juga Adun Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Turut mengangkat sumpah sebelum ini adalah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang juga Adun Tambunan, Datuk Dr Jeffry Kitingan sebagai Timbalan Ketua Menteri II.

Selain itu, Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga ADUN Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam sudah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri III.

Disiarkan pada: October 8, 2020 @ 10:28am
d