mutakhir

Isteri anggota polis negatif Covid-19

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Gombak: Polis menafikan mesej tular di media sosial mendakwa isteri kepada seorang anggota Balai Polis Selayang, di sini, dipercayai positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya mengesan mesej berkenaan disebarkan di aplikasi WhatsApp. "Laporan awal (kes jangkitan Covid-19) itu adalah tidak tepat dan belum disahkan.

"Ini kerana keputusan saringan kedua penama berkenaan yang disahkan pada 4 petang tadi adalah negatif," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi laporan yang belum disahkan dalam media sosial.

"Tindakan itu boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai dan tekanan kepada pesakit serta keluarga individu terbabit," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 8, 2020 @ 7:59pm
    d