mutakhir

Tekong, 2 awak-awak hilang bot karam

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Kuala Selangor: Seorang tekong dan dua awak-awaknya warga Indonesia hilang selepas bot nelayan dinaiki karam di kedudukan 13.5 batu nautika barat Pulau Angsa, di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, dua lagi awak-awak juga warga sama yang menaiki bot terbabit berjaya diselamatkan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, salah seorang mangsa yang terselamat menghubungi ahli keluarganya di Sekinchan berhubung kejadian itu pada 7 pagi hari ini.

"Bot terbabit dinaiki lima pekerja termasuk tekong.

"Dua mangsa berjaya diselamatkan manakala tiga lagi mangsa berusia 20-an hingga 40-an gagal diselamatkan dan tidak ditemui sehingga kini," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ramli berkata, usaha mencari dan menyelamat tidak dijalankan berikutan keadaan laut bergelora sehingga 6 petang tadi.

"Usaha mencari dan menyelamat ditangguhkan dan akan diteruskan esok.

"Perkembangan lanjut akan dimaklumkan," katanya.

Disiarkan pada: October 8, 2020 @ 11:13pm
d