mutakhir

Covid-19: 6 kluster baharu dikesan [METROTV]

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Amir Abd Hamid

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat enam kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam kluster berkenaan adalah empat yang dikesan di Selangor dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, enam kluster dilaporkan itu ialah Kluster Highway di Sabah.

"Empat kluster di Selangor iaitu Kluster Bah Manggis, Kluster Utama, Kluster Tasik dan Kluster Simera manakala Kluster Putra direkodkan di Sarawak," katanya.

Memperincikannya, Noor Hisham berkata, Kluster Highway dikesan di daerah Kota Belud, Sabah.

"Manakala, Kluster Bah Manggis pula membabitkan dua daerah Tawau, Sabah dan daerah Kuala Langat, Selangor.

"Bagi Kluster Utama pula, ia telah dikenal pasti di daerah Gombak dan Petaling, Selangor manakala Kluster Tasik Selangor membabitkan Miri, Sarawak dan daerah Petaling, Hulu Langat dan Klang," katanya.

Katanya, Kluster Simera pula membabitkan daerah Besut (Terengganu), Kuantan (Pahang), daerah Petaling, Klang dan Hulu Langat (Selangor).

Tambahnya, Kluster keenam iaitu Kluster Putra Sarawak dikesan di Bintulu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 10, 2020 @ 7:04pm
    d