mutakhir

Mayat misteri tepi lebuh raya

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Gombak: Penemuan mayat individu belum dikenal pasti dalam keadaan berbungkus dengan plastik di tepi Lebuh raya Rawang-Serendah, di sini, semalam, menimbulkan tanda tanya.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mayat ditemui seorang lelaki yang kebetulan sedang berjoging sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Arifai Tarawe berkata, Pasukan forensik Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K-9) kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati keadaan mayat sudah mula mereput dan seterusnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

"Sehubungan itu, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak.

"Bedah siasat akan dijalankan hari ini untuk mengetahui punca kematiannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Disiarkan pada: October 12, 2020 @ 11:10am
d