mutakhir

Kaunter BPN cawangan Wangsa Maju ditutup sementara

Kuala Lumpur: Kaunter Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 di Cawangan Wangsa Maju akan ditutup sementara mulai 15 Oktober 2020.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia bagi memberi laluan operasi perpindahan cawangan ke bangunan baharu.

Katanya, penduduk sekitar Wangsa Maju yang ingin membuat permohonan baharu BPN 2.0 disarankan membuat permohonan tersebut secara dalam talian melalui https://bpn.hasil.gov.my/ atau hadir ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

Pertanyaan serta maklum balas berkaitan juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Disiarkan pada: October 12, 2020 @ 12:28pm
d