mutakhir

Keputusan SPMU 2020 diumum Isnin

Oleh Sophia Ahmad

Kuala Lumpur : Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) akan dikeluarkan Isnin ini, 19 Oktober.

Kementerian Pendidikan melalui satu kenyataan berkata, calon akan menerima keputusan masing-masing melalui pos atau mendapatkan slip di Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar.

Menurut kenyataan itu, semakan keputusan SPMU 2020 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888.

"Semua calon perlu menaip SPMU

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai jam 10.00 pagi, 19 Oktober 2020dan tamat pada jam 6.00 petang, 26 Oktober," kata kenyatan itu.

Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di http://sppat.moe.gov.my/semakan/.

SPMU 2020 diduduki 6,301 calon, membabitkan 193 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Ia menawarkan tiga subjek iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Disiarkan pada: October 13, 2020 @ 9:12pm
d