mutakhir

Santuari Kelah Tasik Kenyir ditutup hingga Februari 2021

Oleh Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menutup Santuari Kelah Tasik Kenyir bermula Jumaat ini hingga akhir Februari depan.

Pengurus Besar KETENGAH Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa menjelaskan penutupan awal santuari kelah itu dilakukan bagi membantu kerajaan mengekang penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat.

Selain itu, jelasnya, penurunan yang drastik paras air sehingga 136.93 meter di Tasik Kenyir menyebabkan kesukaran laluan untuk ke santuari terbabit.

"Faktor cuaca seperti diramalkan Jabatan Meteorologi dijangka pra-monsun melanda Pantai Timur yang dijangka bermula esok menyebabkan kita memutuskan untuk menutup santuari kelah daripada dikunjungi," katanya melalui kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, lokasi perkelahan lain di Tasik Kenyir termasuk Pulau Herba tidak terbabit dengan penutupan itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 14, 2020 @ 9:00pm
    d