mutakhir

Paip pecah, 15 kawasan di Klang, Shah Alam terjejas

Oleh Norzamira Che Noh

Shah Alam: Sebanyak 15 kawasan di Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan satu kejadian paip pecah berlaku berdekatan pencawang elektrik di Jalan Bukit Raja.

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya terpaksa menutup bekalan air pada 10.30 malam tadi untuk melaksanakan kerja pembaikan paip pecah itu.

"Kerja pembaikan dijangka selesai pada 9.30 pagi ini dan bekalan akan kembali pulih sepenuhnya pada 5.30 petang.

"Kawasan yang akan terjejas adalah Batu Belah, Sungai Putus, Teluk Kapas, Sementa, Perepat, Jalan Kapar Batu 1 hingga 8 dan Klang Utama, Bandar Klang (Batu 1 hingga 3 Jalan Meru), Bandar Baru Klang, Taman Berkeley dan Eng Ann, Jalan Goh Hock Huat dan Bandar Sultan Sulaiman.

"Turut terjejas Jalan Pelabuhan Utara; Pelabuhan Utara, Kampung Sireh dan Seri Perantau, Kampung Keretapi, Jalan Limbungan dan Jalan Shahbandar," katanya.

Menurut kenyataan itu, selepas kerja pembaikan selesai, pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat.

Jelas kenyataan itu, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja pembaikan paip pecah dari semasa ke semasa menerusi semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram serta aplikasi telefon pintar dan lama sesawang di www.airselangor.com.

Disiarkan pada: October 15, 2020 @ 12:29am
d