mutakhir

Anwar dipanggil ke Bukit Aman esok

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta hadir ke Bukit Aman esok bagi membantu siasatan berhubung penyebaran senarai nama 121 ahli parlimen menyokong pimpinannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Anwar diminta hadir esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah.

"Setakat ini, 113 laporan dibuat terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyebaran senarai nama 121 ahli parlimen menyokong pimpinannya.

"Siasatan terhadap beliau diklasifikasikan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Huzir berkata, orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan atau khabar angin yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.

Sebelum ini, Anwar diminta hadir ke Bukit Aman, Isnin lalu, namun ditangguhkan.

Disiarkan pada: October 15, 2020 @ 11:38am
d