mutakhir

Buka kertas siasatan Twitter Raja Farah Sofea

Oleh Nurul Amanina Suhaini

Johor Bahru: Polis membuka kertas siasatan susulan kenyataan dimuat naik pemilik akaun Twitter Raja Farah Sofea berhubung kemalangan meragut nyawa anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sehingga kini, belum ada tangkapan dibuat dan kes berkenaan masih dalam siasatan.

"Polis sudah buka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Kami sedang siasat sama ada ia akaun Twitter palsu atau benar," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Meraikan Pesara dan Bakal Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor di Dewan Dato' Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Ayob Khan sebelum ini mengesahkan menerima laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) berhubung kenyataan individu menggunakan nama Raja Farah Sofea di Twitter itu.

Mengenai program berkenaan pula, Ayob berkata, 320 pesara diraikan terdiri daripada 11 pegawai kanan, 297 anggota dan 12 pegawai am, manakala seramai 34 bakal pesara turut diraikan merangkumi 23 anggota serta 11 pegawai am.

Beliau berkata, segala usaha, kudrat dan pengorbanan disumbangkan secara langsung atau tidak langsung membantu serta mencorakkan PDRM Johor di kedudukan pada masa ini.

Berita berkaitan

  • Siasat pemilik akaun Twitter Raja Farah Sofea
  • Mungkin tiada lesen, cukai jalan juga
  • Pemandu Myvi rempuh dua kereta positif dadah [METROTV]
  • Disiarkan pada: October 15, 2020 @ 3:26pm
    d