mutakhir

Bjak.my diiktiraf platform pembaharuan insurans terbesar negara

Oleh Nurmastura Zulkafli

PLATFORM Bjak.my diiktiraf syarikat insurans sebagai saluran pembaharuan cukai kenderaan tunggal terbesar di Malaysia.

Bjak.my adalah platform pertama di negara ini yang menyediakan perkhidmatan perbandingan insurans dan takaful kenderaan dengan kerjasama lebih daripada 10 syarikat insurans dan pengendali takaful terkemuka seperti Pacific & Orient, Allianz, Takaful Malaysia, Zurich Takaful, MSIG dan Liberty.

Dengan perbezaan variasi premium sehingga 40 peratus antara syarikat insurans, Bjak.my membantu rakyat Malaysia melakukan penjimatan sehingga RM30 juta dalam enam bulan terakhir.

Ini menyaksikan peningkatan sehingga tiga juta pengguna berdaftar Bjak.my sejak serangan pandemik Covid-19.

Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Bjak.my dapat melakukan penjimatan antara RM 50 sehingga RM 450 bergantung kepada premium asas yang dipilih melalui perbandingan harga yang dilakukan.

Menurut Ketua Pegawai Teknologi Bjak Sujen Sathiyanathan yang juga bekas pekerja Google Mountain View, California, Bjak.my disokong oleh syarikat insurans terkemuka dengan lebih 15,000 sebut harga setiap hari.

"Kami telah melalui banyak halangan dan turut melakukan kesilapan untuk berada pada tahap tertinggi hari ini bagi memberikan rakyat Malaysia keperluan insurans yang selamat, mudah dan senang diakses", katanya.

Kadar kejayaan yang tinggi penting untuk mempercepat penerimaan servis insurans dalam talian oleh semua kenderaan, tanpa mengambil kira usia kenderaan, model, dan jenis pemilik.

Bagi Pengurus Operasi Bjak.my, Khadira Ghalib pula dengan menggunakan kelebihan dan kemudahan automatik, penyelesaian pembayaran bersepadu dan platform tuntutan dalam talian, Bjak.my dapat memudahkan proses pembaharuan insurans kenderaan melalui inovasi digital.

Tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi, Bjak.my adalah platform paling ideal untuk membuat perbandingan harga insurans.

Pengguna boleh membuat perbandingan harga untuk 10 jenama sekaligus melalui saluran pilihan, sama ada WhatsApp atau emel dalam masa tiga minit.

Pengguna mudah membuat perbandingan harga. - FOTO Bjak.my

Layari Bjak.my untuk maklumat lanjut.

Disiarkan pada: October 17, 2020 @ 1:44pm
d