mutakhir

Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah disanitasi

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Pasukan Bomba melakukan sanitasi awam di Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah (SMSB), Lebuhraya Sultanah Bahiyah, di sini berikutan penularan Covid-19.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, anggotanya melakukan sanitasi itu bermula 9.30 pagi.

Beliau berkata, sanitasi dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar membabitkan kelas, makmal, kaunter koperasi, kantin, tandas dan studio.

"Operasi disertai empat anggota dan tamat pada 11 pagi.

"Anggota kami menggunakan bancuhan cecair sodium hypoclorite untuk membasmi kuman di kawasan sekolah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 17, 2020 @ 5:26pm
    d