mutakhir

Hajiji, isteri pulih Covid-19

Oleh Rafiqah Dahali

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isterinya, Datin Seri Julia Salag sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 dan dibenarkan keluar dari wad Hospital Queen Elizabeth, hari ini.

Hajiji dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata, walaupun dirawat di hospital sebelum ini, beliau sentiasa memantau situasi semasa khususnya peningkatan mendadak kes Covid-19 di Sabah.

"Kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan wabak ini.

"Apa yang penting ialah rakyat mesti berdisiplin, bekerjasama dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan," katanya.

Hajiji turut merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada pihak hospital yang merawat beliau sepanjang ditahan di Hospital Queen Elizabeth serta petugas barisan hadapan.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan Hajiji disahkan positif Covid-19 oleh Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh.

Beliau berkata, sebelum ini Hajiji sukarela menjalani kuarantin kendiri beberapa hari selepas seorang kakitangannya positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 18, 2020 @ 11:16am
    d