mutakhir

Bantu polis kesan saksi kes bayi dibunuh bapa

Oleh Syaherah Mustafa

Pasir Mas: Polis mengesan saksi bagi membantu siasatan kes kematian bayi yang dipercayai dibunuh bapanya di Kampung Sungai Dua, Bachok, Selasa lalu.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, saksi itu penting bagi melengkapkan kertas siasatan.

"Sehingga kini suspek yang juga suami isteri masih dalam tahanan reman dan belum memberi kerjasama penuh untuk diambil keterangan.

"Pada masa sama, kita belum menerima laporan tahap kesihatan mental suami isteri itu," katanya ditemui selepas lawatan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di Pasar Besar Tasek Raja di sini, hari ini.

Pada 13 Oktober lalu, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dipercayai dibunuh bapanya menggunakan objek tumpul.

Mayat bayi ditemui dalam karung guni yang disorok di dapur rumah dengan badannya dilumur garam.

Berita berkaitan

Dengar suara malaikat sebelum bunuh anak

Terpaksa usung suspek bunuh anak masuk mahkamah [METROTV]

Bapa bunuh bayi 8 bulan, lumur mayat dengan garam [METROTV]

Disiarkan pada: October 19, 2020 @ 7:32pm
d