mutakhir

KKM pantau pesakit Covid-19 pulih [METROTV]

Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia memantau perkembangan serta membuat kajian jangka masa sederhana dan panjang ke atas pesakit Covid-19 yang pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemantauan rapi dan susulan perlu untuk melihat kesan kepada pesakit termasuk ketahanan antibodi mereka.

Katanya, bagi mereka yang tidak bergejala, kesan sampingan agak kurang berbanding mereka yang berada pada tahap empat dan lima.

"Tapi kalau ada pesakit kategori empat dan lima, mungkin kesannya lebih kita dan kalau jangka masa panjang, keparutan dalam paru-paru akan menyebabkan sesak nafas dan sebagainya.

"Kita lihat kesan jangka sederhana dan panjang. Apa yang pasti mereka sudah pulih dan keluar dari wad.

"Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sudah menjalankan kajian melihat kepada antibodi mereka. Biasanya apabila dijangkiti kita akan bina antibodi terhadap virus berkenan.

"Soalnya berapa lama antibodi itu akan kekal dalam badan. Jadi laporan awal yang kita laksanakan selepas lapan minggu antibodi itu semakin berkurangan.

"Ini yang kita lihat kepada tempoh kerana pengalaman kita hanya dalam tempoh 10 bulan," katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Katanya, setiap hari adalah hari pembelajaran di KKM untuk mengenali virus dan menanganinya mengikut sifat yang sudah dikenal pasti.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 20, 2020 @ 7:20pm
    d