mutakhir

Wanita maut, kereta bertembung lori

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

Sitiawan: Wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung lori tangki yang terbabas ke laluan bertentangan di Kilometer 8 Seri Manjung-Segari dekat sini, hari ini.

Kejadian berlaku pada 2.30 petang menyebabkan Chang Siew Choo, 42, meninggal dunia serta-merta.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal mendapati mangsa memandu Honda Accord dari Segari, manakala lori dipandu lelaki 49 tahun dari arah bertentangan.

"Lori itu dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan kereta mangsa yang gagal mengelak.

"Mangsa parah dan maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pemandu lori ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: October 20, 2020 @ 8:44pm
d