mutakhir

Bjak.my, perbandingan insurans paling menyeluruh di Malaysia

Oleh Muhamad Shaifullah Tayep

ORANG ramai dinasihatkan agar membandingkan harga insurans terlebih dahulu sebelum perbaharui insurans kerana kajian mendapati pelbagai syarikat insurans dan takaful mempunyai perbezaan harga sehingga 50 peratus.

Justeru, gunalah platform perbandingan insurans kereta nombor satu di Malaysia, Bjak.my yang menawarkan lebih daripada 10 syarikat insurans dan takaful untuk dibandingkan seperti Takaful Malaysia, Pasific & Orient, Zurich Takaful, Insurans Liberty, MSIG dan banyak lagi.

Bjak.my boleh memperbaharui insurans untuk semua jenis kenderaan persendirian di Malaysia termasuk kereta, motosikal, kenderaan terpakai berusia lebih 20 tahun, kenderaan dimiliki pemegang pasport, tentera, polis atau syarikat dan pemandu e-hailing.

Lebih daripada tiga juta pelanggan sudah mendaftar dan berpuas hati kerana Bjak.my amat mudah digunakan. Pelanggan boleh memohon sebut harga hanya dalam masa satu minit dan ia dihantar dalam masa lima minit.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah layari laman web www.bjak.my, pilih jenis kenderaan, masukkan butiran asas seperti nombor pendaftaran dan nombor kad pengenalan pemilik kemudian nombor telefon serta alamat e-mel untuk menerima sebut harga.

Pelanggan juga boleh memilih untuk menerima sebut harga melalui WhatsApp atau e-mel. Apa yang anda perlu ada hanyalah telefon pintar atau komputer kemudian klik sebut harga yang diberikan.

Untuk membeli, pilih harga dan jenis perlindungan dari senarai syarikat insurans dalam sebut harga yang diberikan, pilih sama ada anda mahu perlindungan tambahan seperti cermin hadapan atau servis penghantaran cukai jalan dan bayar secara dalam talian.

Insurans akan dihantar melalui e-mel dan WhatsApp malah diaktifkan serta merta. Jika anda memerlukan bantuan ketika membeli insurans, pasukan khidmat pelanggan WhatsApp Bjak.my boleh membantu setiap hari biarpun ketika cuti umum.

Manfaat yang anda akan dapat apabila menggunakan Bjak.my. - FOTO Bjak.my

Laman web Bjak.my juga mesra pengguna dan sangat mudah untuk digunakan. Malah, proses pembelian serta penghantaran juga pantas.

Anda tidak perlu memuat turun apa-apa aplikasi, hanya layari Bjak.my untuk mendapatkan sebut harga hari ini.

Disiarkan pada: October 21, 2020 @ 10:36am
d