mutakhir

Maut kereta terbabas masuk parit

Oleh Samadi Ahmad

Kuala Langat: Seorang lelaki maut sejurus kenderaan dipandunya terbabas ke dalam parit di Jalan Karso, Olak Lempit di sini.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi tadi, mangsa dikatakan memandu kereta bersendirian sebelum kenderaan dipandu hilang kawalan sebelum memasuki parit di sisi jalan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Dengkil menghala ke Banting.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum memasuki parit.

"Polis yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian.

"Mangsa yang memandu kereta model Proton Gen 2 itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya,mangsa dikenali sebagai Wong Cheen Pion berumur 58 tahun dan berasal dari Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

"Mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan kemudian dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut.

"Kereta mangsa mengalami kerosakan di bahagian bumper dan kemek bahagian bonet. Kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya semalam.

Disiarkan pada: October 21, 2020 @ 2:38pm
d