mutakhir

Warga emas cedera disengat lebah

Oleh BERNAMA

Lenggong: Malang tidak berbau bagi seorang lelaki warga emas apabila cedera selepas disengat lebah ketika melalui kawasan ladang teh di sini, pagi hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong berkata, mangsa, Kamaruddin Othman, 72, mengalami bengkak di muka.

"Kami menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 11.40 pagi dan segera mengerahkan pasukan BBP Lenggong ke lokasi bagi menjalan kerja menyelamat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut jurucakap itu, pasukan bomba menggunakan pakaian pelindung diri (PPE) lengkap 'Bee Suit' bagi menyelamat mangsa yang dihurung lebah.

Katanya, operasi itu diketuai Pegawai Bomba Kanan II Hamdan Abdullah tamat pada 11.54 pagi dan mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan untuk menerima rawatan.

Disiarkan pada: October 21, 2020 @ 5:17pm
d